Pada 5 Ramadan 1441 bersamaan 29 April 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di RPN Lambak Kanan. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Julkifli bin Haji Hidup (kejadian kebakaran berlaku pada 27 April 2020).

Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.