Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Mesyuarat Jemaah Tadbir Kali Ke-2 bagi tahun 2019 pada 24 Rabiulawal 1441 bersamaan 21 November 2019.

Berangkat mempengerusikan mesyuarat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Jemaah Tadbir Yayasan yang berangkat dan hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Timbalan Pengerusi I; dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Timbalan Pengerusi II.

Turut hadir ke mesyuarat berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultah Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua) selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan; dan Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Hj Abd Razak, Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Laporan Agenda Tetap Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Audit dan Status Penyelesaian Penemuan Audit, Perkembangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Kampong Bolkiah; Laporan Sumbangan dan Bantuan bagi tahun 2019; Laporan Tahunan Kewangan 2019; dan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.