Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2026/2027 telah diadakan pada 21 Rabiulawal 1448 bersamaan 3 September 2026 bertempat di Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan pengurniaan Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini. 

Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah

  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri;
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

Pada tahun ini, seramai lima orang penuntut telah terpilih untuk menerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2026/2027 untuk melanjutkan pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara. Mereka ialah :

  • Dayangku Nurul Fadhlina Natasya binti Pengiran Haji Shahril Azman,  lepasan Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah, yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiyyah (BA Syariah Islamiyyah) di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir.
  • Dayang Lee Jing Jing, lepasan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pergigian (Bachelor of Dental Science) di Trinity College Dublin, Republik Ireland.
  • Syed Abd Rahman bin Syed Azmal, lepasan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Bachelor of Engineering (Electrical Engineering)) di University of New South Wales, Sydney, Australia.
  • Dayang Syasya Amalyna binti Haji Mohamad Saiful Bahrin, lepasan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Medicine MBChB)  di University of Dundee, Scotland, United Kingdom.
  • Dayang Farah Alyah binti Abdul Rahman, lepasan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perancangan Bandar dan Hartanah (BSc Urban Planning and Real Estate) di University College London, United Kingdom.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan pengurniaan anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2026/2027 kepada kelima-lima orang penerima.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar”.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bergambar ramai bersama penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar”.

Turut hadir di majlis ini ialah Ahli-Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama; pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerajaan yang berkenaan dan pegawai-pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;  sebahagian Alumni “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sebahagian Pengetua-Pengetua dari institusi-institusi tingkatan enam di seluruh negara.