Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Limau Manis. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Dayang Noriah binti Haji Tuah (kejadian kebakaran berlaku pada 4 November 2020).

Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Sumbangan daripada Yayasan disampaiken oleh Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.