Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2024/2025
Pada 29 Jamadilakhir 1447 bersamaan 20 Disember 2025, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Dewan Seri Sutera, Seri Kiulap Mall, Bandar Seri Begawan.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terhadap komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan para sukarelawan yang telah banyak membantu menjayakan pelbagai projek dan aktiviti kebajikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sepanjang tahun 2024 hingga 2025.
Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan penghargaan daripada tetamu kehormat majlis. Seterusnya adalah ucapan penghargaan mewakili ahli-ahli sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Awang Hamnorzekri bin Haji Abdul Hamit, Ahli Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Seramai 160 orang ahli sukarelawan aktif telah menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan atas khidmat bakti dan sumbangan mereka dalam menjayakan pelbagai inisiatif, program serta aktiviti kebajikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sepanjang tahun 2024 hingga 2025.
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Penghargaan Sukarelawan kepada penerima-penerima berikut:
Penghargaan Sukarelawan Aktif (Lelaki) 2024/2025
- Awangku Hapizzulnazri bin Pengiran Ghani
- Mohammad Nazib bin Haji Lamat
- Muhammad Zulfaiz bin Haji Zamain
- Muhammad Danish Ikhwan@Muhammad Danial bin Haji Jerniwan
- Mohd Idris bin Rosli
Penghargaan Sukarelawan Aktif (Perempuan) 2024/2025
- Norahimah binti Haji Duraman
- Norazimah binti Rosli
- Fauziah binti Haji Aliusop
- Dayangku Nur Sulastri @ Dk Fatimah binti Pengiran Haji Hashim
- Noraminah binti Abdul Rahman
Penghargaan Sukarelawan Lama Berkhidmat
- Hajah Norgayah binti Haji Dullah
- Kapten (B) Hj Mohd Aisa bin Hj Subohi
- Ali Yusri bin Abdul Ghafor
- Siti Mariana binti Haji Makhbar
- Mohammed Alias bin Hj Metussin
- Bolhassan bin Haji Abu Bakar
- Wadi bin Sahrun
- Dr Kharhan bin Haji Jait
- Marianah binti Pehin Orang Kaya Pekerma Sura Haji Abdul Manan
- Hamnorzekri bin Hj Abdul Hamit
Ditubuhkan pada 9 Januari 2005, Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan satu platform untuk membolehkan sesiapa sahaja yang berhasrat dan berminat menjadi sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk tampil kehadapan menyalurkan sumbangan khidmat bakti mereka dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kebajikan terutamanya dalam perkhidmatan masyarakat.
Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Mulia Ahmad Jefri bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei selakuAhli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juga hadir ialah Penolong Pengarah Urusan, serta pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.