Bersempena bulan Ramadan, pada 9 Ramadan 1443 bersamaan 11 April 2022 Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.  Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bulan Ramadan.

Berangkat di majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bacaan yasin dan tahlil diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie, Mahkamah Syariah.

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan selaku Timbalan Pengerusi II Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

Juga hadir di majlis ini ialah Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, ahli-ahli Alumni Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sukarealwan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.