Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Rumah Roboh
Yayasan dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat untuk meneruskan kehidupan harian.
Pada 15 Rabiulawal 1441 bersamaan 12 November 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah BND5,000.00 kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampong Katimahar pada 9 November 2019.
Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.
Sumbangan daripada Yayasan diterima oleh ketua keluarga iaitu Yang Mulia Dayang Siti Asmah binti Abdul Kadir dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan SELAKU Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.