Pada 13 Jamadilawal 1441 bersamaan 9 Januari 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah BND79,600.00 kepada sembilan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Pengiran Bendahara Lama yang baru terjadi kelmarin.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah:
1) Dayang Hasimah binti Abdul Rahman
2) Dayang Norhafizah binti Haji Jaini
3) Awang Haji Daud bin Haji Momin
4) Awang Abdullah Chik bin Abdullah
5) Awang Haji Mohd Jefry bin Haji Mohd Ali
6) Awang Abdul Majeed bin Moosa
7) Awang Haji Tahir bin Salleh
8) Awang Osli bin Omar
9) Awang Haji Mohammed Azmi bin Haji Nohi

Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Sumbangan daripada Yayasan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Di majlis ini juga, Kementerian Pendidikan turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar dari keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Hj Abd Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.