Pada 6 Jamadilawal 1441 bersamaan 2 Januari 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Haji Md Yassin bin Haji Md Noor di STKRJ Kampong Tungku (kejadian kebakaran berlaku pada 27 Disember 2019) dan Awang Mohd Hisham bin Awang Mustamam di STKRJ Kampong Tanah Jambu (kejadian kebakaran berlaku pada 29 Disember 2019).

Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.