Pada 27 Ramadan 1443 bersamaan 29 April 2022, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND28,300.00 kepada lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan sebuah keluarga yang terlibat dalam rumah roboh di seluruh negara baru-baru ini. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah Dayang Nor Juliana binti Mahari, RPN Kampong Pandan 5; Dayang Hajah Asmah binti Haji Tamin, Kampong Sungai Tampoi; Dayang Rohaya binti Haji Abdullah, Kampong Kandang, Serambangun Tutong; Dayang Jalimah anak Rangkai, Kampong Api-Api, Seria; dan Awang Haji Rosli bin Haji Bakar, STKRJ Kampong Katok ‘B’.

Sementara ketua keluarga mangsa rumah roboh yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini ialah Dayang Jalinah Sam Hamid, Kampong Sungai Besar.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.