Pada 3 Zulkaedah 1440 bersamaan 6 Julai 2019, seramai 1,042 orang bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1440H/2019M menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam bentuk pakaian ihram bagi jemaah haji lelaki dan dan telekung bagi jemaah haji di Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1440H/2019M Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengendalikan pembelian pakaian ihram dan telekung kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk diagihkan kepada semua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada setiap tahun.