Pada 6 Syaaban 1441 bersamaan 31 Mac 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Kandang Serambangun, Tutong.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Mohd Haidi bin Muhammad Hilmi (kejadian kebakaran berlaku pada 12 Mac 2020).

Sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.