YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SEKOLAH

SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Kejayaan sekolah terhasil daripada perancangan pembelajaran dan pengajaran yang teratur, peranan dan komitmen para guru, penglibatan dan sokongan padu para ibu bapa dan anak didik yang mengamalkan disiplin. Kepelbagaian juga merupakan kunci kejayaan pendidikan dan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyediakan pelbagai inisiatif dan program menjana pengalaman pelbagai dan berbeza untuk semua. Fokus Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah menjana pembangunan sahsiah, keyakinan diri, kemahiran-kemahiran lain serta pengalaman berguna kepada pelajar dan guru.

Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menawarkan tiga peringkat persekolahan, iaitu Taman Asuhan (TASKA), sekolah rendah, dan sekolah menengah. Bermula dengan penubuhan TASKA pada tahun 1988 dengan kemasukan 63 orang kanak-kanak, diikuti dengan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 2000, iaitu sebagai lanjutan daripada pelajar TASKA, dan diikuti dengan Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun 2005 dengan 28 orang pelajar.

Statistik keramaian pelajar dari setahun ke setahun membuktikan perkembangan yang menggalakkan, sekali gus sebagai petanda keyakinan masyarakat bahawa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mampu menawarkan khidmat pendidikan yang berkualiti. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, pembelajaran, kebertanggungjawapan, dan saling menghormati merupakan antara nilai teras yang tersemat dalam jiwa kalangan warga sekolah.

Sila klik di sini untuk memuat turun borang

Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.