Sebagai sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Kementerian Kesihatan bagi sama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini, Yayasan menyampaikan sumbangan sebanyak 40 unit pembersih udara (air purifier) untuk ditempatkan di setiap pusat kecemasan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan tersebut dihasratkan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan para pesakit yang sedang dirawat di pusat-pusat berkenaan.

Sumbangan daripada Yayasan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diterima oleh Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan pada pada 25 Rejab 1441 bersamaan 20 Mac 2020 di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.