Penyampaian Sumbangan Kewangan
Selaras dengan hasrat murni penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik, termasuk mereka yang terjejas akibat musibah seperti kebakaran rumah. Sumbangan yang disampaikan ini merupakan bantuan segera yang dihasratkan dapat meringankan beban mangsa serta membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.
Pada 28 Jamadilakhir 1447 bersamaan 19 Disember 2025, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan keseluruhannya berjumlah BND8,700.00kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampong Sungai Besar dan Kampong Pandan. Majlis penyampaian sumbangan diadakan di Ibu Pejabat, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Penyampaian sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.