Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah seperti kebakaran rumah dan rumah roboh.  Bantuan ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Pada 21 Zulkaedah 1445 bersamaan 30 Mei 2024, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND84,600.00 kepada 28 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan rumah roboh di beberapa buah kampung di seluruh negara.  Majlis diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Mereka yang terlibat adalah:

Musibah Kebakaran di Kampong Setia ‘B’

  1. Dayang Hajah Sina binti Sudin
  2. Awang Jambri bin Haji Ibrahim
  3. Awang Md Firdaus bin Haji Abas
  4. Dayang Hajah Besar binti Haji Omar
  5. Awang Talib bin Haji Tuah
  6. Dayang Suma binti Haji Saidin
  7. Dayang Osnah binti Haji Saidin
  8. Awang Haji Mohammad bin Haji Saidin
  9. Awang Mohd Wafiudden bin Zolikipi
  10. Dayang Hajah Zamzam binti Tuba
  11. Dayang Hajah Nurnabilah binti Haji Harun
  12. Awang Zulkifli bin Haji Ibrahim
  13. Dayang Hajah Fatimah binti Haji Saidin
  14. Awang Haji Masirman bin Mazlan
  15. Awang Daud bin Haji Omar
  16. Awang Iswandi bin Basri
  17. Awang Amin bin Hasanan
  18. Awang Mat Harni bin Mat Japar
  19. Awang Haji Amin bin Haji Metussin
  20. Awang Mohd Zafrol Asheer bin Jamahat
  21. Awang Asli bin Awang Daud
  22. Pengiran Riza bin Pengiran Zaman
  23. Awang Amzah bin Haji Omar
  24. Awang Abd Mukmin bin Amzah
  25. Awang Haji Tahir bin Haji Hussin
  26. Awang Haji Marshod bin Haji Md Rais
  27. Awang Jumahat bin Ajak

Musibah Rumah Roboh di Kampong Peramu

28. Dayang Norlailla Siti Masturi @ Noor Jeffrina binti Jeffr Din

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada sebahagian mangsa kebakaran dan rumah roboh disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selakuAhli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Manakala sumbangan kepada sebahagian lagi mangsa-mangsa kebakaran rumah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua selakuPengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.