Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kepada Mangsa-Mangsa Rumah Roboh dan Kebakaran
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah seperti rumah roboh dan kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.
Pada 20 Rejab 1445 bersamaan 1 Februari 2024, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND45,200 kepada sembilan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh dan kebakaran di beberapa buah kampung di seluruh negara. Majlis diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri.
Mereka yang terlibat adalah:
Musibah Rumah Roboh
- Awang Ahmad bin Haji Bakir, Kampong Setia ‘B’, Brunei dan Muara
Musibah Kebakaran
- Awang Ramlee bin Haji Ibrahim, Kampong Ratan Labi 1, Belait,
- Awang Muhammad Nazamuddin bin Abdullah Dawat @ Erwandy bin Dawat, Kampong Pelambaian, Brunei dan Muara,
- Awang Ismail bin Ali, Kampong Pelambaian, Brunei dan Muara,
- Pengiran Yusiman bin Pengiran Haji Yussof, Kampong Pelambaian, Brunei dan Muara,
- Awang Hairulasree bin Sahari, Kampong Pelambaian, Brunei dan Muara,
- Awang Haji Sufri bin Haji Abdul Rahman, Kampong Tanjong Bunut, Brunei dan Muara,
- Awang Panai bin Agong, Kampong Parit Jalan Batang Duri, Temburong,
- Dayang Biru binti Dian, Kampong Bukit, Tutong.
Kesemua sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.