Pada 25 Rabiulakhir 1442 bersamaan 11 Disember 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penghargaan Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.

Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud Menteri di Jabatan Perdana Menteri Selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan kata alu-aluan daripada Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan Selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seterusnya ialah ucapan teteamu kehormat majlis dan diikuti dengan ucapan penghargaan mewakili ahli-ahli sukarelawan Yayasan iaitu Yang Mulia Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Ghafor, Ketua Sukarelawan Yayasan.

Seramai 347 orang ahli sukarelawan yang aktif menyumbang khidmat bakti dalam menjayakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti Yayasan sepanjang tahun 2020 menerima sijil penghargaan di Majlis ini. 

Ditubuhkan pada 8 Januari 2005, Unit Sukarelawan Yayasan adalah merupakan satu platform untuk membolehkan sesiapa sahaja yang berhasrat dan berminat menjadi sukarelawan Yayasan untuk tampil kehadapan menyalurkan sumbangan khidmat bakti mereka dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kebajikan terutamanya dalam perkhidmatan masyarakat.           

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan; Yang Mulia Dato Paduka Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan selaku Ahli Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan.

Juga hadir ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, serta pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.