Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ke-41 Tahun
Pada 24 Zulhijjah 1445 bersamaan 1 Julai 2024, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Yang Ke-41 Tahun.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke majlis ini.
Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri selaku Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Aturcara majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yaa Sin dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-41 Tahun yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Awang Murat. Majlis diteruskan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.
Di Majlis ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan memotong kek Ulang Tahun Puja Usia dan menerima pesambah daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah diputerakan pada 19 Ramadan 1403 Hijrah bersamaan 30 Jun 1983 Masihi. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 18 Jamadilakhir 1434 bersamaan 1 Mac 2013. Menerajui pucuk pimpinan tertinggi di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik sangat prihatin terhadap pengurusan dan perkembangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Duli Yang Teramat Mulia juga sering berkenan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Tadbir, meninjau dan melibatkan diri dalam apa jua projek dan aktiviti yang diusahakan dan dianjurkan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Sempena Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-41 Tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah BND50,000.00 kepada dua (2) buah persatuan atau badan berkebajikan yang mengendalikan program-program pembangunan dan kemasyarakatan kepada golongan-golongan tertentu.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan menyempurnakan Penyampaian Sumbangan Kewangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada para penerima, iaitu:
- Aftercare Support Association (AFSA)
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyumbang sebanyak BND25,000.00 kepada Aftercare Support Association (AFSA) bagi mengendalikan program-program memperkasa rakan seliaan.
AFSA merupakan sebuah badan bukan Kerajaan yang mempunyai misi bersama dengan Kerajaan dalam menangani kebajikan rakan seliaan. Program-program yang telah dirancang adalah bagi memberikan peluang kepada rakan-rakan seliaan dalam mempertingkatkan kemampuan diri agar dapat membangun diri sendiri, keluarga dan seterusnya Negara.
Sumbangan daripada Yayasan diterima oleh Yang Mulia Dayang Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya, Yang Di-Pertua AFSA.
- Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA)
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyumbangkan sebanyak BND25,000.00 kepada Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) bagi menyediakan Pusat Persinggahan Aftercare atau Aftercare Drop-In Centre (ADIC).
BASMIDA adalah sebuah Persatuan Kebangsaan Anti-Dadah yang ditubuhkan pada tahun 1989 dimana persatuan ini menjalankan kegiatan pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah dengan menggunakan berbagai langkah yang strategik dengan melibatkan beberapa agensi Kerajaan dan berbagai lapisan masyarakat.
Melalui ADIC, BASMIDA telahpun merancang program-program yang diharap akan dapat menyesuaikan bekas residen Pusat Al-Islam dengan masyarakat umumnya.
Sumbangan daripada Yayasan diterima oleh Yang Mulia Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali, Yang Di-Pertua Persatuan BASMIDA.
Sumbangan ini adalah merupakan keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan objektif strategik bagi memberikan peluang alternatif kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan melalui persatuan dan badan berkebajikan yang mengendalikan program pembangunan terhadap golongan sasar yang memerlukan bantuan dan bimbingan.
Hadir di majlis ini ialah Ahli-Ahli Jemaah Tadbir Yayasan; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; para jemputan khas, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.