JUALAN LELONG HARTA BENDA
Adalah dengan ini dimaklumkan jualan lelong secara sebutharga bagi aset-aset Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bukakan kepada syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli seperti berikut:
| Bil. | Keterangan Harta Benda Dilelong | Jumlah |
| 1. | Main Switchboard MSB (terpakai) | 4 Unit |
| 2. | Car Park Exhaust Fan (terpakai) | 16 Unit |
| 3. | Metal Silencer for Exhaust Fan | 26 Unit |
| 4. | Metal Ducting for Exhaust Fan | 35 Unit |
Keadaan Barang : Semua barang adalah untuk alat ganti sahaja atau dijual sebagai besi buruk.
Tarikh dan masa untuk melihat aset-aset yang dilelong:
Tarikh : Isnin, 25 Mei 2026 hingga Rabu, 27 Mei 2026
Masa : 9:00 pagi – 11.00 pagi dan 2:30 petang – 4:30 petang
Tempat : Blok B, Tingkat 3, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan BS8711, Negara Brunei Darussalam.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 2232737 (Pengiran Haji Dahrin) atau 2234014 (Mohamad Nazid).
Syarat – Syarat Tawaran:
- Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong, syarikat-syarikat swasta dan orang-orang perseorangan.
- Borang jualan lelong secara sebutharga boleh diperolehi di Blok B, Tingkat 3, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty.
- Jika pembeli hendak melihat barang lelongan tersebut, ianya boleh dibuat di alamat dan masa yang dinyatakan di atas.
- Kesemua tawaran jualan lelong secara sebutharga hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan diisikan dengan lengkap serta hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Lelong di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan BA1511, Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutup menghantar borang adalah pada Hari Rabu, 3 Jun 2026, tidak lewat dari jam 2.30 petang.
- Jualan lelongan secara sebutharga yang berjaya ini adalah dinilai berdasarkan harga tawaran yang tertinggi.
- Hanya pembeli yang berjaya dalam tawaran sebutharga akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya.
- Pembeli yang berjaya akan dikehendaki untuk membayar secara tunai dan seterusnya bertanggungjawab untuk memindahkan barang yang dibeli tidak lewat dua (02) minggu daripada tarikh dihubungi.