Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan kosong di YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.  Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn dan untuk memohon sila layari ‘link’ yang tertera berikut;

  1. KAUNSELOR SEKOLAH http://bit.ly/2BCoGcf
  2. PENOLONG JURUAUDIT DALAMAN http://bit.ly/2BsCy9a

  1. KAUNSELOR SEKOLAH

Kelayakan:

  • Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau yang sebanding dengannya.
  • Pemohon yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Kaunseling atau yang sebanding dengannya akan diberikan keutamaan.
  • Mempunyai pengalaman dalam kaunseling tidak kurang dari 5 tahun.

 

  1. PENOLONG JURUAUDIT DALAMAN

Kelayakan:

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Mempunyai kelulusan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan & Kewangan atau sebanding. Kelulusan yang lebih tinggi adalah satu kelebihan.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Pemohon yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan pengauditan adalah diberikan keutamaan.
  • Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi komputer selain dari Microsoft Word & Microsoft Excel adalah satu kelebihan.
  • Memiliki pengetahuan dalam program-program penambahbaikan adalah menjadi satu kelebihan.
  • Memiliki sikap proaktif, bersemangat tinggi dan berupaya untuk menjalankan tugas di bawah pengawasan yang minima.

Peringatan:   Tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 28 Februari 2018.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086