Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Sumbangan Yayasan Kepada Mereka Yang Memerlukan

Pada 8 Zulhijjah 1440 bersamaan 9 Ogos 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan rumah roboh di Daerah Brunei dan Muara, dan sumbangan peralatan perubatan.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Dua Buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Yang Memberi Pemedulian Terhadap Keperluan OKU

Kebajikan dan kesejahteraan golongan orang kelainan upaya (OKU) di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Bagi menangani kebajikan dan keperluan golongan OKU ini, Yayasan sentiasa memberikan sokongan dan menghulurkan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan pihak-pihak berkenaan yang memberikan khidmat pemedulian terhadap keperluan golongan OKU.

Read more ...

Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1440H/2019M

Pada 3 Zulkaedah 1440 bersamaan 6 Julai 2019, seramai 1,042 orang bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1440H/2019M menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam bentuk pakaian ihram bagi jemaah haji lelaki dan dan telekung bagi jemaah haji di Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1440H/2019M Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-36 Tahun

Pada 27 Syawal 1440 Hijrah bersamaan 1 Julai 2019 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Yang Ke-36 Tahun.

Read more ...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H / 2019M Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 22 Syawal 1440 bersamaan 27 Jun 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke majlis ini berserta Kerabat Diraja.

Read more ...

Program Amal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sempena Bulan Ramadan Di Daerah Brunei-Muara Dan Daerah Temburong

Pada 29 Ramadan 1440 bersamaan 4 Jun 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah meneruskan program amal sempena bulan Ramadan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong. Sebanyak 93 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan dari beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui program amal sempena bulan Ramadan ini.

Read more ...

Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Sempena Bulan Ramadan Di Daerah Tutong Dan Belait

Pada 28 Ramadan 1440 bersamaan 3 Jun 2019, sebanyak 90 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan dari beberapa buah kampung di Daerah Tutong dan Belait menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena bulan Ramadan.

Read more ...

Majlis Bertahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Sempena Bulan Ramadan 1440H/2019M

Bersempena bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 9 Ramadan 1440 bersamaan 15 Mei 2019 mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086