Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Mesyuarat Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kali 2/2019

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Mesyuarat Jemaah Tadbir Kali Ke-2 bagi tahun 2019 pada 24 Rabiulawal 1441 bersamaan 21 November 2019.

Berangkat mempengerusikan mesyuarat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Rumah Roboh

Yayasan dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat untuk meneruskan kehidupan harian.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Yayasan

Projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh Yayasan menumpukan kepada usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup serta mempertingkatkan pembangunan sosiobudaya dan sosioekonomi dikalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Pada 23 Safar 1441 bersamaan 22 Oktober 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan dalam beberapa bentuk bantuan yang keseluruhannya berjumlah BND36,100.00 seperti berikut:

Read more ...

Majlis Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2019/2020

Pada 24 Muharram 1441 bersamaan 24 September 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penandatanganan Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2019/2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Read more ...

Bengkel Keusahawanan, Program Asas Bakarih

Bengkel Keusahawanan, Program Asas Bakarih diadakan selama empat hari dan dibahagikan kepada dua bengkel iaitu Bengkel ‘Bright Ideas’ pada 9 dan 10 September 2019, dan diikuti dengan Bengkel ‘Business Plan Series’ pada 12 dan 13 September 2019 bertempat di Dewan Serba Guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 11 Muharam 1441 bersamaan 11 September 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan keseluruhannya berjumlah BND32,370.00 seperti berikut:

Institut Pengajian Dasar, Universiti Brunei Darussalam

Yayasan memberikan sumbangan sebanyak BND5,000.00 kepada Institut Pengajian Dasar, Universiti Brunei Darussalam bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan untuk mengadakan Simposium Antarabangsa Urus Tadbir Islam (International Islamic Governance Symposium) Kali Pertama dengan tema Evolusi Negara Islam (The Evolution of the Muslim State).

Read more ...

Penyerahan Rumah Bantuan Secara Bersepadu

Pada 20 Zulhijjah 1440 bersamaan 21 Ogos 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama-sama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Jabatan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyerahkan rumah bantuan kepada Michael Anak Thomas (anak mendiang Lasabit binti Agong yang telah meninggal dunia pada tahun 2017). Rumah bantuan ini didirikan di atas tapak tanah kekal milik mendiang Lasabit.

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Berikutan dengan kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampong Sungai Besar (15 Ogos 2019) yang mengakibatkan kematian seorang warga emas dan 15 penghuni rumah kehilangan harta benda dan tempat tinggal, Yayasan tampil dengan segera menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086