Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1441H/2020M

Pada 26 Jamadilakhir 1441 bersamaan 20 Februari 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pembahagian Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1441H / 2020M di Dewan Serba Guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Majlis Memulakan Tiang Rumah-Rumah Bantuan Di Bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Antara tujuan penubuhan Yayasan dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat ialah memberikan pemedulian terhadap keperluan asasi iaitu tempat tinggal yang sempurna kepada golongan yang memerlukan bantuan melalui projek pembinaan rumah-rumah bantuan.

Pada 21 Jamadilawal 1441 bersamaan 17 Januari 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Memulakan Tiang Rumah-Rumah Bantuan bagi Pembinaan 21 Buah Rumah Bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Peralatan dan Keperluan Persekolahan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020

Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan dan Keperluan Persekolahan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020 pada kali ini diadakan pada 7 Jamadilawal 1441 bersamaan 3 Januari 2020 di Dewan Serba Guna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis ini adalah kesinambungan daripada majlis yang telah diadakan pada 5 Disember dan 23 Disember 2019 yang lalu.

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada 6 Jamadilawal 1441 bersamaan 2 Januari 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Haji Md Yassin bin Haji Md Noor di STKRJ Kampong Tungku (kejadian kebakaran berlaku pada 27 Disember 2019) dan Awang Mohd Hisham bin Awang Mustamam di STKRJ Kampong Tanah Jambu (kejadian kebakaran berlaku pada 29 Disember 2019).

Read more ...

Bengkel Keusahawanan, Program Asas Bakarih

Bengkel Keusahawanan, Program Asas Bakarih diadakan selama empat hari dan dibahagikan kepada dua bengkel iaitu Bengkel ‘Bright Ideas’ pada 5 dan 6 Disember 2019, dan diikuti dengan Bengkel ‘Business Plan Series’ pada 19 dan 20 Disember 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah Kali Ke-7

Menyedari peranan golongan belia dalam pembangunan agama, bangsa dan negara, mereka perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memikul tanggungjawab sebagai pewaris pemimpin di masa akan datang. Bagi tujuan ini, Yayasan telah melaksanakan beberapa usaha dalam mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dengan menyediakan berbagai-bagai skim dan program seperti program perkhemahan belia.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Peralatan dan Keperluan Persekolahan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020

Bertunjangkan dasar utama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan, pada 8 Rabiulakhir 1441 bersamaan 5 Disember 2019, Yayasan menyampaikan sumbangan bantuan peralatan dan keperluan persekolahan kepada seramai 1,336 orang pelajar (813 orang pelajar Sekolah Rendah dan 523 orang pelajar Sekolah Menengah) dari sebanyak 493 buah keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negara iaitu bagi sesi persekolahan tahun 2020.

Read more ...

Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Pembinaan Rumah Bantuan Di Bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian terhadap keperluan asasi kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti bantuan perumahan.

Pada 24 Rabiulawal 1441 bersamaan 21 November 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Pembinaan Rumah Bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086