Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Berita Terkini

Penyerahan Rumah Bantuan Secara Bersepadu

Pada hari Selasa, 9 Rabiulawal 1439H bersamaan 28 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama-sama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyerahkan rumah bantuan kepada Dayang Zainab binti Jaafar.

Read more ...

Majlis Penghargaan Kepada Penyumbang Dan Penyelaras Program “Breakfast For School” 2017

Pada hari Selasa, 2 Rabiulawal 1439H bersamaan 21 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penghargaan kepada Penyumbang dan Penyelaras Program “Breakfast for School” 2017.

Yayasan SHHB telah mula melaksanakan Program “Breakfast for School” pada tahun 2016 dan seramai 200 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan telah dikenal pasti daripada empat buah sekolah di Daerah Brunei dan Muara telah dipilih bagi mengikuti program ini.

Read more ...

Aktiviti Kemasyarakatan Di Taman Riadah RPN Kampung Panchor Mengkubau

Pada hari Ahad, 30 Safar 1439H bersamaan 19 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Taman Riadah RPN Kampong Panchor Mengkubau.

Kerja kemasyaratan ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong RPN Kampong Panchor Mengkubau. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memotong rumput dan membersihkan kawasan Taman Riadah berkenaan.

Read more ...

Yayasan Hulurkan Sumbangan

Pada petang Selasa, 25 Safar 1439 bersamaan 14 November 2017, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan SHHB) menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

Read more ...

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Jumaat, 14 Safar 1439H bersamaan 3 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sembilan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah barek kerajaan di Jalan Pelumpong, Muara pada 28 Oktober 2017. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$9,200.00.

Read more ...

Sumbangan Kewangan Bagi Mangsa Kebakaran

Pada hari Jumaat, 29 Muharram 1439H bersamaan 20 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada enam buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Kuala Tutong; Kampong Kulapis; dan Kampong Tungku, Gadong. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$21,200.00.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Temburong

Pada hari ini, Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Tutong yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Belait

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Belait yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Bersama PIP Yayasan Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Tutong

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Tutong yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah oleh Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 1439H/2017M Di Daerah Brunei Dan Muara

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086