YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
TUJUAN PENUBUHAN
Yayasan ditubuhkan berasaskan kepada LIMA tujuan iaitu:
- Menghulurkan bantuan kewangan atau biasiswa ugama untuk tujuan pendidikan ugama kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menurut syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;
- Menghulurkan bantuan kewangan kepada seseorang atau pertubuhan atau badan bukan kerajaan yang menjalankan gerakan dakwah atau usaha meninggikan syiar Islam yang diiktiraf oleh kerajaan dengan syarat orang perseorangan atau pertubuhan atau badan itu mendapat kebenaran kerajaan untuk menjalankan gerakan atau usaha mereka itu, dan dengan syarat gerakan itu adalah bagi faedah di dalam Negara Brunei Darussalam sahaja;
- Menghulurkan bantuan ke atas pembinaan, pengurusan dan pemeliharaan sekolah-sekolah ugama dan masjid-masjid yang diusahakan oleh mana-mana orang atau pertubuhan atau badan bukan kerajaan dengan syarat usaha itu hendaklah mendapat kebenaran kerajaan.
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan mengadakan skim bantuan kepada orang-orang yang tidak bernasib baik seperti orang miskin, orang cacat dan lain-lain dan bantuan bencana alam;
- Mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dengan mengadakan skim bagi membantu belia yang memerlukan latihan kemahiran dan memberikan bantuan kepada badan-badan sukarela yang diiktiraf oleh kerajaan;
- Menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosio-budaya dan sosio-ekonomi di kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan mengadakan peraduan dan hadiah dalam bidang sastera dan kebudayaan;
- Menghulurkan bantuan kepada pesakit yang tidak berkelayakan di bawah skim bantuan kerajaan.
- Mengadakan dermasiswa kepada penuntut-penuntut yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tunjangan menurut syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;
- Mengadakan bantuan ke atas penyelidikan dan perkembangan yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi bagi kepentingan kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.
- Mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan pembangunan selain daripada yang dikendalikan oleh kerajaan
- Mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti perusahaan komersil dan industri yang sesuai dengan konsep dan tujuan Yayasan;
- Membeli, menjamin atau sebaliknya mendapatkan sebarang stok dan saham;
- Menubuhkan dari semasa ke semasa syarikat atau perbadanan untuk mengendalikan atau menguruskan sebarang projek, skim atau perusahaan.