Pembekal yang ingin menyertai sebarang tawaran/sebutharga atau yang dipilih oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal (YSHHB) hendaklah mendaftarkan syarikat ke YSHHB.

Berikut adalah tatacara proses pendaftaran pembekal:

1) Pembekal hendaklah mengisi Online Vendor Registration Form menggunakan link atau QR Code yang disediakan:

Link : https://forms.gle/zdsy8rHqQXMvAk716  Setelah selesai mendaftar secara atas talian (Online Vendor Registration Form), dua dokumen akan di hantar ke e-mel pembekal iaitu: (i) Vendor Registration Form dan (ii) Borang Pengakuan Percanggahan Kepentingan Bagi Pembekal (dalam format PDF).

2) Pembekal hendaklah memuat turun, mencetak dan mengisikan Vendor Registration Form dan Borang Pengakuan Percanggahan Kepentingan bagi Pembekaldan menandatangani borang-borang berkenaan. Pembekal hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan dalam Vendor Registration Checklist.

3) Pembekal hendaklah menghadapkan salinan asal Vendor Registration Form dan Borang Pengakuan Percanggahan Kepentingan bagi Pembekal yang telah ditandatangani bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke Bahagian Kewangan & Perakaunan YSHHB di Tingkat 2, Kompleks Bangunan YSHHB.

4) Pembekal akan dihubungi untuk mengambil Sijil Pendaftaran Pembekal yang seterusnya untuk digunakan bagi penyertaan mana-mana tawaran / sebutharga YSHHB.

Alamat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan, BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Waktu Pejabat

ISNIN- KHAMIS
8.15 pagi - 12.00 tengah hari
1.45 tengah hari - 4.45 petang

JUMAAT
8.15 pagi – 11.00 pagi
2.15 petang – 4.45 petang

LAIN - LAIN

Copyright 2024 © YSHHB. All Rights Reserved.