1992
7 Rabiulakhir 1413 / 5 Oktober 1992 Yayasan ditubuhkan bersempena Sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
14 Rabiulakhir 1413 / 12 Oktober 1992
Pengisytiharan penubuhan Yayasan dan peletakan batu asas Kompleks Yayasan yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2022
1993
arrow_back_iosarrow_forward_ios1993
21 Zulkaedah 1413 / 13 Mei 1993
Pejabat Yayasan mula beroperasi di Ibu Pejabat Jalan Kumbang Pasang (kini dinamakan Jalan Perdana Menteri), Bandar Seri Begawan.
1992
1994
arrow_back_iosarrow_forward_ios1994
15 Rabiulawal 1415 / 22 Ogos 1994
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyerahkan surat pengakuan kepada penerima-penerima rumah di bawah Rancangan Perumahan Yayasan di Kampong Bokiah ‘A’ dan seterusnya berkenan mengisytiharkan nama Kampong Bolkiah ‘A’.
1993
1995
arrow_back_iosarrow_forward_ios1995
8 Zulkaedah 1415 / 8 April 1995 Yayasan mula mengendalikan pengurusan pembahagian pakaian ihram dan telekung kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada bakal Jemaah haji Negara Brunei Darussalam.
22 Zulhijjah 1415 / 22 Mei 1995
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyerahkan surat pengakuan kepada penerima-penerima rumah di bawah Rancangan Perumahan Yayasan di Kampong Bolkiah ‘B’ dan seterusnya berkenan berangkat bercemar duli melawat rumah-rumah di kampung tersebut dan mengisytiharkan nama Kampong Bolkiah ‘B’.
12 Sya’ban 1415 / 14 Januari 1995
Yayasan mula mengendalikan pengurusan pembahagian buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan.
1994
1996
arrow_back_iosarrow_forward_ios1996
4 Rabiulakhir 1417 / 19 Ogos 1996 Pembukaan Rasmi Kompleks Yayasan di Bandar Seri Begawan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
8 Zulhijjah 1416 / 27 April 1996
Permulaan projek pembinaan rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan bagi mereka yang kurang berkemampuan dan saudara-saudara baru.
1995
1998
arrow_back_iosarrow_forward_ios1998
2 Jamadilawal 1419 / 25 Ogos 1998
Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertindak sebagai Sekretariat DANA.
TASKA dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
3 Jamadilawal 1419 / 26 Ogos 1998
6 Syawal 1418 / 4 Februari 1998
Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA) mula beroperasi.
1996
2000
arrow_back_iosarrow_forward_ios2000
28 Rejab 1421 / 27 Oktober 2000
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Paduka-Paduka Anakanda Baginda berangkat menunaikan sembahyang fardhu Jumaat pada hari pertama Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bolkiah ‘A’ mula digunakan.
10 Syawal 1420 / 17 Januari 2000
Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mula beroperasi.
1998
2003
arrow_back_iosarrow_forward_ios2003
5 Syawal 1424 / 30 November 2003 Yayasan buat julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan para peserta yang terdiri daripada kumpulan masyarakat yang dikenalpasti berkepentingan dalam kesejahteraan ugama, bangsa dan negara. Acara ini seterusnya menjadi acara tahunannya dengan mengumpulkan para peserta daripada latar belakang yang berbeza setiap tahun.
28 Syawal 1423 / 2 Januari 2003
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan bagi menyatukan amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sebelum ini, institut tersebut ditadbir urus di bawah kawalan Lembaga dan Jawatankuasa Akademik sejak penubuhannya pada tahun 1993.
2000
2005
arrow_back_iosarrow_forward_ios2005
3 – 27 Zulhijjah 1425 / 14 Januari – 7 Februari 2005
Yayasan dengan Kerjasama padu daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan beberapa agensi lain menghulurkan bantuan perubatan dan mengagihkan bantuan barang-barang keperluan secara langsung kepada mangsa-mangsa bencana tsunami di Aceh, Republik Indonesia.
28 Zulkaedah 1425 / 9 Januari 2005
Unit Sukarelawan Yayasan ditubuhkan. Aktiviti pertama unit ini melibatkan 356 orang sukarelawan untuk mengendalikan misi bantuan kemanusiaan yang diungkayahkan oleh Yayasan untuk membantu mangsa gempa dan badai tsunami di Aceh, Republik Indonesia.
2003
2006
arrow_back_iosarrow_forward_ios2006
21 Zulhijjah 1426 / 21 Januari 2006 Fasa kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Inisiatif Yayasan untuk mangsa bencana tsunami Aceh ialah bantuan pemulihan dan pembangunan semula. Bantuan ini menggunakan dana hasil kutipan melalui Tabung Inisiatif Yayasan dan Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu sebanyak lebih BND2.2 Juta.
1 Zulhijjah 1426 / 1 Januari 2006
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah diserahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan tujuan mencantum semua program dan skim di Pusat Pengajian dan Penyebaran Ilmu Al-Quran.
2005
2007
Fasa ini melibatkan pembinaan perkampungan baharu di Desa Mamplam, Kacamatan Leupung, Kabupaten Aceh Besar dan projek pembinaan semula di Dusun Teupin Rambot, Desa Ladang Baro, Kacamatan Panga, Kabupateh Aceh Jaya.
11 Jamadilawal 1427 / 8 Jun 2006
Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan yang pertama disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.
arrow_back_iosarrow_forward_ios2007
21 Jamadilakhir 1428 / 7 Julai 2007
Sebuah Jawatankuasa Pelaburan telah ditubuhkan yang bertindak memantau dan mengendalikan pengurusan pelaburan dana Yayasan secara teratur, tearah dan berterusan bagi menjana pertumbuhan, kemajuan dan kestabilan Yayasan untuk keperluan jangka masa panjang.
11 Safar 1428 / 1 Mac 2007
Bangunan Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah siap dibina dan mula menerima pelajar.
2006
2008
arrow_back_iosarrow_forward_ios2008
6 Zulkaedah 1429 / 5 November 2008 Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang Pertama telah dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
2007
2009
arrow_back_iosarrow_forward_ios2009
29 Safar 1430 / 25 Februari 2009 Syarahan Memorial Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS Memorial Lecture) buat pertama kalinya dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Program akademik itu diungkayahkan sebagai mengenang jasa ‘Arkitek Brunei Moden’, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam.
2008
2011
arrow_back_iosarrow_forward_ios2011
25 Rejab 1432 / 27 Jun 2011
Anugerah Penulisan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang pertama dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
2009
2013
arrow_back_iosarrow_forward_ios2013
18 Safar 1434 / 1 Januari 2013
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB).
2011
2016
18 Rabiulakhir 1434 / 1 Mac 2013
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melantik Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik menjadi Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
26 Sya’ban 1434 / 5 Julai 2013
Yayasan telah menerima pengiktirafan dan penghormatan daripada Sekretariat ASEAN sebagai penerima Anugerah Kepimpinan ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (RDPE Leadership Award). Majlis Penyampaian Anugerah Kepimpinan RDPE telah diadakan di Sheraton Mustika Hotel, Yogyakarta, Republik Indonesia, sempena berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE) Ke-8.
arrow_back_iosarrow_forward_ios2016
28 Sya’ban 1437 / 2 Jun 2016
Sebuah syarikat milik penuh Yayasan telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Penggal 39, sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini dikenali dengan nama Syarikat Wadah Amal Sendirian Berhad.
2013
2017
arrow_back_iosarrow_forward_ios2017
14 Muharram 1439 / 5 Oktober 2017
Yayasan menyambut Ulang Tahun Penubuhan Ke-25 (Jubli Perak) yang juga bertepatan dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.
2016
2020
arrow_back_iosarrow_forward_ios2020
10 Rejab 1441 / 5 Mac 2020
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan menyempurnakan perasmian Galeri Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Rumah Semaun, Jalan Jerambak.
2017
1992
Yayasan telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama LiveWIRE Brunei khusus untuk memberikan khidmat mengendalikan bengkel dan latihan iaitu ‘bespoke programme’ atau program direncana khas yang menjurus kepada kemahiran dan pengetahuan keusahawanan kepada para penerima bantuan modal keusahawanan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 21 Safar 1442 / 9 Oktober 2020
arrow_back_iosarrow_forward_ios2022
27 Jamadilawal 1443 / 1 Januari 2022
Membuka tirai tahun baru 2022, Kompleks Yayasan mula menawarkan perkhidmatan baru iaitu dewan perkahwinan dan dewan acara. Seni hiasan dalaman yang moden dan kontemporari di samping mengekalkan elemen kesenian Brunei, An-Naura menjanjikan pengalaman acara perkahwinan yang eksklusif dan mewah.
2017
1992
arrow_back_iosarrow_forward_ios