YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
PELAN STRATEGIK
2020-2025
Pelan Strategik ini diasaskan kepada dasar penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah seperti termaktub dalam Akta Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Penggal 166.
Bertunjangkan kepada Visi ‘Masyarakat Mandiri’ dan Misi ‘Mengurus Amal Jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Ahli-Ahli Kerabat Baginda secara Profesional, Cekap dan Penuh Dedikasi’, Pelan Strategik ini akan menjadi panduan ke arah pengurusan pentadbiran yang lebih cekap dan strategik ke arah mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang proaktif dan inovatif, berdaya usaha sehingga pada penghujungnya MANDIRI tanpa mengharap kepada bantuan semata-mata.
Sebagai sebuah organisasi yang mendukung Wawasan Brunei 2035, Pelan Strategik ini mengadaptasi perspektif yang holistik yang mencakupi pendekatan senegara yang mantap ‘Whole Nation Approach’ dengan melibatkan kolaborasi dari pelbagai agensi bagi sama-sama menangani isu-isu masyarakat masa kini terutama dalam membasmi isu kemiskinan dan mengurangkan kadar pengangguran.