Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kepada Mangsa-Mangsa Kebakaran, Rumah Roboh dan Bantuan Membaikpulih Rumah
Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
Pada 8 Jamadilakhir 1445 bersamaan 21 Disember 2023, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND97,800 kepada 13 mangsa-mangsa kebakaran, rumah roboh dan bantuan membaik pulih rumah. Majlis diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri.
1. Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran dan Rumah Roboh
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah seperti kebakaran rumah dan rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND26,800.00 kepada lapan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan rumah roboh di beberapa buah kampung di seluruh negara. Mereka yang terlibat adalah:
Musibah Kebakaran
- Awang Haji Abdul Rahman bin Samad, Kampong Bukit Sibut, Lubok Pulau Tutong
- Awang Mislee bin Haji Kassim, STKRJ Katok ‘B’
- Awang Haji Jefry bin Abdullah, STKRJ Rumah Kembar Kampong Rimba
- Awang Md Fadhli bin Abdullah, Lorong 3 Selatan, Seria
- Dayang Siti Marinah binti Abdullah Lee, Lorong 3 Selatan, Seria
- Dayangku Maslelawati binti Pengiran Abdul Karim, Lorong 3 Selatan, Seria
Musibah Rumah Roboh
- Dayang Noorlita binti Awang Haji Abdul Ghani, Kampong Burong Pingai Ayer
- Awang Md Salleh bin Apong, Kampong Tamoi Ujong
2. Bantuan Membaikpulih Rumah
Antara tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat adalah memberikan pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan termasuk tempat tinggal yang sempurna dan selamat.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah semasa majlis ini juga menyampaikan bantuan yang berupa sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah BND71,000.00 bagi tujuan membaikpulih rumah lima buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Sumbangan disampaikan kepada ketua keluarga iaitu:
Bantuan Membaikpulih Rumah
- Dayang Jemilah binti Haji Marzi, Kampong Junjungan
- Dayang Hajah Madiah binti Amit, Kampong Tarap Bau
- Dayang Noralizah binti Manaf, Kampong Bebatik
- Awang Haji Saban bin Haji Omar, Kampong Perpindahan Bukit Beruang
- Dayang Hajijah binti Ahmad, Kampong Sengkarai
Kesemua sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.