YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Lembaga Pengarah
Bagi melaksanakan perjalanan Yayasan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan lantikan Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah pada 7 hb Rabiulakhir 1413 Hijrah bersamaan dengan 5 hb Oktober 1992 Masihi.
Lembaga Pengarah pula bertanggungjawab terhadap dasar dan pentadbiran am mengenai hal ehwal dan urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Menurut bab 4(4) dari Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik hendaklah memegang jawatan bagi satu tempoh yang tidak melebihi dari tiga (3) tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.