PENYELENGGARA STOR
Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan Pekerja Sementara di Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Penyelenggara Stor (Pekerja Sementara) – https://forms.gle/hWtsXcqRjm3Hdbc27
Kelayakan Asas:
- Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Mempunyai pengetahuan dalam perkhidmatan stor.
- Mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan stor.
- Mempunyai pengalaman kerja dalam perkhidmatan stor.
- Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Berkebolehan menggunakan aplikasi Komputer seperti MS Word, MS Excel dan lain-lain.
Keutamaan Akan Diberikan Kepada Pemohon-Pemohon Yang:
- Mempunyai Kelulusan dalam bidang yang berkaitan.
- Mempunyai sijil-sijil Kursus Asas dan Lanjutan Logistik atau Latihan dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai Sijil mengikuti kursus Pengurusan Gudang (Warehouse Management).
- Mempunyai pengetahuan terkini berkenaan sistem terbaik (best practice) penyelengaraan stor dan inventori.
Tugas dan Tanggungjawab:
- Bertugas sebagai pengawas stor dalam membuat senarai barang-barang inventori seperti kain telekung, kain ihram dan lain-lain.
- Memantau pergerakan inventori dan pengurusan stor secara sistematik dengan pengunaan sistem berkenaan seperti bin card, stock card, perisian pengurusan stock, dan sebagainya.
- Mengira dan meneliti inventori (Stock Checking) pada setiap penghujung bulan.
- Memastikan stor sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, dan teratur bagi menjamin kelancaran pengurusan inventori.
- Memastikan tiada serangga dan binatang masuk ke dalam stor yang boleh mengakibatkan kerosakkan harta benda.
- Bertugas di luar waktu pejabat apabila diperlukan untuk memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab.
- Membantu kakitangan dibahagian lain, jika diperlukan.
- Melapor kepada Penolong Pengarah Urusan (Projek Khas) untuk tugasan tertentu.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari ‘link’ https://forms.gle/hWtsXcqRjm3Hdbc27.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Selasa, 28 Januari 2025 .