PENOLONG PEGAWAI PUSAT PENGAJIAN KESENIAN DAN KALIGRAFI ISLAM, YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Closing on: Nov 28, 2024
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi jawatan kosong di dalam perkhidmatan di YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, seperti berikut:
PENOLONG PEGAWAI PUSAT PENGAJIAN KESENIAN DAN KALIGRAFI ISLAM YSHHB https://forms.gle/3UTPWNAkMLo4uV3A9
Kriteria.
- Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, adat Istiadat Negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Brunei.
Kelayakan Asas:
- Mempunyai kelulusan Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Digital Media, Graphic Design, Fine Art
- ATAU mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Kesenian Islam seperti seni reka bentuk Islam dan seni lukis.
- Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi komputer dan lain-lain terutama dalam perisian penyuntingan seperti Autocad, perisian Adobe dan Affinity Designer adalah satu kelebihan.
- Boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Keutamaan Akan Diberikan Kepada Pemohon-Pemohon Yang;
- Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mempunyai pengalaman dalam mengajar dan mengendalikan bengkel yang berkaitan
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut. Untuk memohon, sila layari pautan (link) dan isikan borang Google yang ada disediakan diatas. Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Khamis, 28 November 2024.