PEMBANTU PENYELENGGARA STOR

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan PEMBANTU PENYELENGGARA STOR seperti berikut dalam perkhidmatan SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.
PEMBANTU PENYELENGGARA STOR – https://forms.gle/a76DGx8Q3p2qH2wWA
Kelayakan Asas:
- Lulus dengan kepujian / kredit sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran Sijil Am Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE ‘O’ Level) atau sebanding.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;
- Mempunyai pengalaman kerja berkaitan penyelenggaraan stor tidak kurang dari 5 tahun.
- Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan / atau Perakaunan dan / atau Pengurusan Stor dan / atau Pembelian Alat-Alat.
Tugas Dan Tanggungjawab
Secara Umum:
- Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
- Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / lejar / buku stok sentiasa kemaskini / teratur mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masa ini.
- Menyelia / mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan / paras stok diperlukan.
- Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
- Melaksanakan pemeriksaan stor dan memastikan stok mencukupi dan terkawal
- Menyediakan laporan / penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan / hapus kira terhadap barang-barang stor.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari pautan (link) yang ada disediakan diatas. Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan : Selasa, 4 Mac 2025, 4.00 petang.