PEMBANTU MAKMAL SANDARAN

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan PEMBANTU MAKMAL SANDARAN dalam perkhidmatan SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.
Pembantu Makmal Sandaran Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah – https://forms.gle/LrQL4K3npo9Kvttu6
Kelayakan Asas:
- Mempunyai 4 Kepujian / Kredit mata Pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa (GCE ‘O’ Level) atau sebanding termasuk mata Pelajaran Sains.
- Pemohon yang mempunyai kelulusan dalam bidang lain boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman menjadi Pembantu Makmal.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;
- Mempunyai pengalaman sebagai Pembantu Makmal di institusi-institusi pendidikan.
- Mempunyai sijil dalam bidang Sains atau yang seumpamanya.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari pautan (link) yang ada disediakan diatas. Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Isnin, 16 Mac 2026.