PEKERJA SEMENTARA

Permohonan adalah dipelawa dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari kalangan Ahli Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk memenuhi jawatan sementara seperti berikut dalam Perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan):
PEKERJA SEMENTARA DI PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL – https://forms.gle/zrbdBxMA12ezPqFs5
Kelayakan Asas:
- Mempunyai BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebandingnya;
- Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja;
- Mempunyai pengalaman kerja dalam pengurusan, pentadbiran atau lain-lain yang bersesuaian;
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Mahir dalam Penggunaan peralatan dan perisian teknologi maklumat.
Keutamaan Akan Diberikan Kepada Pemohon Yang:
- Mempunyai kemahiran organisasi yang baik untuk menguruskan tugas dan tanggungjawab pentadbiran dengan cekap serta semangat kerja berpasukan;
- Mempunyai sifat ketekunan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan berkebolehan menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
- Ketelitian dan kemampuan bekerja dalam pengendalian dokumen-dokumen berskala besar.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari ‘link’ yang ada disediakan diatas. Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup pada hari Khamis, 30 April 2026.