PEKERJA SEMENTARA DI BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Permohonan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan kosong di dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.
PEKERJA SEMENTARA DI BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAH PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
https://forms.gle/w5Q4ScErHR66yXrZ9
Kelayakan Asas:
i. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
ii. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya kepujian 4 ‘O’ level atau yang sebanding.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang:
a. Mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas.
b. Mempunyai pengalaman kerja-kerja yang berkaitan kebajikan atau sukarelawan;
c. Aktif dalam badan-badan sukarelawan
d. Aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan/atau kebajikan
e. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
Bidang Tugas:
1. Ditugaskan di bahagian-bahagian dibawah Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial.
2. Membuat lawatan ke rumah-rumah pemohon/penerima bantuan bagi membuat siasatan, menemuduga, menyediakan laporan dan lain-lain tugas yang berkaitan.
3. Membuat pemantauan kepada para penerima bantuan Yayasan dan menyediakan laporan mengenainya.
4. Membantu dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan perlaksanaan program-program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial.
Peringatan:
Pemohon-pemohon bolehlah melayari ‘link’ ini: https://forms.gle/w5Q4ScErHR66yXrZ9
Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 18 Jun 2025.