PEGAWAI YAYASAN
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) seperti berikut:-
Jawatan: Pegawai Yayasan
Pautan Google Form: : https://forms.gle/C7SVMjy2zBF9Aaps7
Kelayakan Asas:
1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang bersesuaian;
Atau
Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 5 tahun dalam pengurusan, pentadbiran atau lain-lain yang bersesuaian;
2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
3. Mahir dalam penggunaan peralatan dan perisian teknologi maklumat.
Keutamaan Akan Diberikan Kepada Pemohon Yang:
1. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas;
2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam pergerakan sukarelawan, pergerakan akar umbi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau yang berkaitan;
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan data.
Tugas dan Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab terus kepada Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial).
- Merancang dan menyelaras projek serta aktivit bahagian selaras dengan pelan strategik Yayasan, termasuk penyediaan rancangan kerja tahunan, pengurusan peruntukan kewangan dan pemantauan KPI.
- Melaksanakan kepimpinan dan penyeliaan kakitangan, meliputi pengagihan tugasan, pemantauan prestasi serta pembangunan kompetensi anggota bahagia secara berterusan.
- Menyelaras proses pengumpulan, pengesahan dan penyaluran maklumat permohonan bantuan secara sistematik kepada bahagian-bahagian berkenaan bagi tujuan penilaian dan tindakan lanjut.
- Menjalakan tadbir urus, memastikan kualiti data pemohon serta membangunkan dashboard analitik untuk laporan impak sumbangan bagi menjamin ketepatan penilaian serta pencapaian objektif.
- Menyelaraskan pangkalan data bagi agihan bantuan dan sumbangan yang efisien serta memacu transformasi digital melalui intergrasi sistem yang selamat.
- Menilai dan meneliti permohonan bantuan serta cadangan aktiviti sukarelawan sebelum dihadapkan kepada pihak pengirisan serta jawatankuasa.
- Menghadapkan laporan prestasi berkala mengenai pelaksanaan projek dan keberkesanan aktiviti sukarelawan serta bagi memastikan pencapaian objektif.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari pautan (Google Form link) yang ada disediakan diatas. Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Isnin, 25 Mei 2026.