Pegawai Yayasan (Bahagian Perlindungan dan Kesejahteraan)

Expired on: Aug 18, 2025

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) seperti berikut:-

PEGAWAI YAYASAN (BAHAGIAN PERLINDUNGAN DAN KESEJAHTERAAN)

Link: https://forms.gle/MDfFcAs1TgbFvEwj7

Kelayakan Asas:

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bidang yang bersesuaian;
  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  3. Mahir dalam penggunaan peralatan dan perisian teknologi maklumat.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang:

  1. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas;
  2. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun dalam pengurusan, pentadbiran atau lain-lain yang bersesuaian;
  3. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan didalam pergerakan akar umbi, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) atau yang berkaitan;
  4. Mempunyai kemahiran organisasi yang baik untuk menguruskan tugas dan tanggungjawab pentadbiran dengan cekap serta semangat kerja berpasukan;
  5. Mempunyai sifat ketekunan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan berkebolehan menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
  6. Mempunyai sifat ketegasan dalam membuat keputusan dan cekap;
  7. Mempunyai integriti yang tinggi dan memastikan kepentingan golongan sasar diutamakan;
  8. Mempunyai kemampuan merancang dan komunikasi yang baik serta kemampuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang mencabar.

Tugas dan Tanggungjawab:

  1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial);
  2. Merancang dan melaksanakan fungsi, rancangan dan kegiatan Perlindungan dan Kesejahteraan;
  3. Melaksanakan Pengurusan dan Pentadbiran harian serta menyediakan peruntukan tahunan Bahagian Perlindungan dan Kesejahteraan yang ‘cost effective’;
  4. Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan Bantuan-Bantuan yang dihulurkan melalui Perlindungan dan Kesejahteraan;
  5. Membuat Penyelidikan, Perancangan dan Cadangan mengenai Kemajuan dan Perkembangan Bahagian Perlindungan dan Kesejahteraan;
  6. Menjalin dan mengembangkan perhubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan dan rakan strategik Yayasan;
  7. Meneliti dan menilai permohonan-permohonan bantuan di Bahagian Perlindungan dan Kesejahteraan berdasarkan Garispandu Bantuan-Bantuan dan Sumbangan-Sumbangan Yayasan dengan cekap, jujur dan amanah;

Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari ‘link’ yang disediakan di atas.

Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.  

Tarikh tutup permohonan pada Hari Isnin, 18 Ogos 2025

Sorry! This job has expired.