Pegawai Teknologi Maklumat

Closing on: Jun 2, 2025
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong sebagai PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan):
Kelayakan Asas:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer, atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 8 tahun dalam Teknologi Maklumat atau lain-lain yang bersesuaian, termasuk sekurangnya 5 tahun dalam peringkat pengurusan.
- Pengetahuan mendalam tentang infrastruktur, keselamatan dan tadbir urus Teknologi Maklumat
- Mempunyai kemahiran kepimpinan yang cemerlang.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Keutamaan Diberikan Kepada Calon Yang:
- Mempunyai sijil profesional dalam bidang Teknologi Maklumat.
- Berpengalaman dalam pembangunan sistem atau pengurusan projek Teknologi Maklumat
Bidang Tugas Utama:
1. Kepimpinan Strategik
- Membangun dan melaksanakan pelan strategik Teknologi Maklumat selaras dengan objektif Yayasan
- Mengurus belanjawan dan peruntukan sumber Teknologi Maklumat
- Memimpin inisiatif transformasi digital Teknologi Maklumat
- Memastikan tadbir urus dan pematuhan Teknologi Maklumat
2. Pengurusan Teknikal
- Memantau infrastruktur, sistem, dan keselamatan Teknologi Maklumat
- Mengurus sistem pangkalan data dan perlindungan data
- Memastikan kesediaan kesinambungan operasi dan pemulihan bencana
- Melaksanakan langkah keselamatan siber
3. Kecemerlangan Operasi
- Mengawal selia kakitangan dan operasi Teknologi Maklumat
- Mengurus hubungan dan kontrak pembekal
- Memastikan perjanjian tahap perkhidmatan dipatuhi
- Mengkoordinasi sokongan Teknologi Maklumat semua Bahagian di Yayasan
4. Inovasi & Pembangunan
- Mengenal pasti peluang penambahbaikan proses
- Menilai teknologi baharu
- Memimpin inisiatif digital untuk meningkatkan operasi Yayasan
- Membangunkan dasar dan prosedur Teknologi Maklumat
Peringatan: Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari ‘link’ ini: https://forms.gle/nwDysNeso7xF39uw6 .
Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Isnin, 2 Jun 2025.