Jurulatih Renang Taska

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan JURULATIH RENANG seperti berikut dalam perkhidmatan  SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.

Jawatan                     :           Jurulatih Renang Taska

Google Form Link : https://forms.gle/oMZBBEAE8j9ywoAk9

Kelayakan Asas:

  1. Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Diploma dalam bidang Sports Science / Physical Education / Sport and Recreation atau bidang sebanding dengan nya.
  2. Mempunyai lesen renang yang diiktiraf atau yang sebanding dengannya.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;

  1. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang yang bersesuaian adalah merupakan satu kelebihan.
  2. Mempunyai pengalaman dalam mengajar renang diperingkat Tadika.
  3. Mempunyai sijil berkaitan First Aid dan CPR.

Tugas dan tanggungjawab;

  1. Menyediakan scheme of work aktiviti renang dan rancangan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Menyediakan kertas kerja peruntukan kewangan untuk pembersihan dan pembaikan kolam renang.
  3. Memahami dan mengamalkan kod etika sebagai seorang Jurulatih Renang.
  4. Memastikan kebersihan dan keselamatan kolam renang dan kawasannya .
  5. Menyediakan dan memastikan alat-alat keperluan renang mencukupi.
  6. Membuat penilaian dan menyediakan laporan kemajuan setiap murid untuk rujukan.
  7. Menjalankan tugasan yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dan Pengetua.

Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari pautan (link) yang ada disediakan diatas.  

Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. 

Tarikh tutup iklan pada hari Isnin, 5 Februari 2024.

Tempat Pekerjaan: Brunei
Sorry! This job has expired.