Guru Sandaran (Bahasa Inggeris)

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan Guru Sandaran seperti berikut dalam perkhidmatan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Jawatan : Guru Sandaran (Bahasa Inggeris), Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Pautan Google Form : https://forms.gle/ghrPAETp7Nxy4EvG7
Kelayakan Asas:
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang pendidikan.
- Pemohon yang mempunyai kelulusan dalam bidang lain selain pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang:
- Mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.
- Mempunyai sijil TESL (Teaching as Second Language) atau yang seumpamanya.
- Mempunyai pengalaman mengajar peringkat menengah.
- Tidak bekerja atau tidak mempunyai pekerjaan tetap pada masa ini.
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari pautan (Google Form link) yang ada disediakan diatas. Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Selasa, 10 Jun 2025.