YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
JEMAAH TADBIR
Bagi melaksanakan perjalanan Yayasan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan lantikan Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah pada 7 Rabiulakhir 1413 Hijrah bersamaan dengan 5 Oktober 1992 Masihi.
Jemaah Tadbir adalah bertanggungjawab untuk mengawasi perjalanan Yayasan dan memastikan supaya dasar dan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah diikuti. Menurut bab 7(3) dari Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Jemaah Tadbir yang dilantik hendaklah memegang jawatan bagi satu tempoh yang tidak melebihi dari empat (4) tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.