YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
faq
Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah?
Awda bolehlah daftarkan diri ke Sistem Kebajikan Negara (SKN) melalui laman web www.skn.gov.bn dan dalam masa yang sama, awda dikehendaki untuk menulis surat permohonan kepada Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Siapakah yang layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah?
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan sebagai tanda pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada RAKYAT dan PENDUDUK Negara Brunei Darussalam.
Apakah Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar”?
Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” adalah satu skim biasiswa khas yang ditawarkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi bagi kepentingan Ugama, Negara dan Raja dalam tempoh jangka masa panjang.
Bagaimanakah cara memohon Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar”?
Skim Biasiswa ini bukan dipohonkan melalui permohonan. Senarai calon adalah mereka yang terdiri daripada penuntut-penuntut yang dikenalpasti oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah (co-curricular activities) yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga ke peringkat Doktor Falsafah.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika terdapat jawatan kosong?
Jawatan kosong akan diiklankan dari masa ke semasa melalui laman media sosial kami (Instagram: @yshhb_official atau Facebook: Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah) dan melalui laman web www.yshhb.org.bn/kerjaya.
Adakah warga asing memenuhi kelayakan untuk memohon jawatan kosong yang ada?
Tertakluk kepada jawatan yang diiklankan (rujuk syarat-syarat yang dinyatakan).
Mengapa saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada permohonan saya?
Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi sukarelawan?
Permohonan boleh dibuat melalui laman web sukarelawan www.yshhb.org.bn/sukarelawan secara dalam talian atau muat turun borang permohonan tersebut.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui tender (tawaran) yang terkini?
Tender akan diiklankan dari masa ke semasa melalui media sosial kami (Instagram: @yshhb_official atau Facebook: Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah) dan melalui laman web www.yshhb.org.bn/tender.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk setiap tender (tawaran)?
Setiap tender mempunyai kadar bayaran yang ditetapkan tertakluk kepada tender yang diiklankan.