
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Dasar Penubuhan

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan dengan 3 dasar utama:
- Menjadi wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Baginda.
- Sebagai tanda pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah kepada rakyat Baginda yang sentiasa taat setia kepada Baginda dan Kerajaan Baginda.
- Menjadi lambang pembentukan dan perpaduan masyarakat dan Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur serta keharmonian umat manusia antarabangsa mengikut keadaan dan kesesuaian yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata´ala.
Kesimpulannya dasar ini berakarumbikan Iman, Amal dan Ihsan. Iman itu wadah, Amal itu pemedulian dan Ihsan itu pembentukan masyarakat dan keharmonian.