IKLAN JAWATAN KERANI

Expired on: Mar 31, 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.

KERANI – https://forms.gle/wfY1uk48xzTZbAXS7

Kelayakan Asas:

  1. Kerakyatan Negara Brunei Darussalam.
  2. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya kepujian 4 ‘O’ level atau yang sebanding.
  3. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
  4. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi komputer termasuk (tetapi tidak terhad pada); MS Office (Word, Excel, Powerpoint), Emel, dan lain-lain.
  5. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai;

  • kelulusan akademik yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas.
  • pengalaman kerja dalam bidang berkaitan tenaga manusia, pentadbiran, pengurusan atau lain-lain yang berkaitan, sekurangnya 1 tahun.
  • kelulusan dalam bidang berkaitan tenaga manusia, pentadbiran, pengurusan atau lain-lain yang berkaitan.
  • sijil kursus berkaitan perkeranian, tenaga manusia, pentadbiran, pengurusan atau lain-lain yang berkaitan.
  • kebolehan menggunakan aplikasi Komputer seperti MS Access, Adobe Acrobat dan lain-lain aplikasi yang bersesuaian.
  • kemahiran menggunakan peralatan seperti mesin fotostat, mesin pengimbas, mesin faks, dan lain-lain peralatan pejabat.

Peringatan:

Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari ‘link’ ini: https://forms.gle/wfY1uk48xzTZbAXS7

Tarikh tutup permohonan pada hari 31 Mac 2023.

Sorry! This job has expired.