PEMANDU (Perkhidmatan Tetap)
Expired on: Mar 27, 2023
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.
1. Pemandu (Dalam Skim Perkhidmatan Tetap)-
https://forms.gle/1TxCY6FB6gLE2MMD9
Kelayakan Asas:
- Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus PMB atau yang sebanding dengannya;
- Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah;
- Boleh membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada kenderaan.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang;
- Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas;
- Mempunyai sijil yang berkaitan dengan pembaikan kenderaan;
- Mempunyai lesen memandu kelas 5 & 6 atau kelas memandu lain yang berkaitan;
- Mempunyai pengalaman dalam bidang kerja dan jawatan yang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun;
- Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Pernah mengikuti kursus khusus memandu (seperti ‘Defensive Driving”);
- Mempunyai pengalaman dalam pemeliharaan dan/atau pembaikan kenderaan.
- Boleh menggunakan Komputer dan aplikasi Komputer seperti MS Office dan sebagainya.
Peringatan:
Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut dan untuk memohon sila layari ‘link’ yang ada disediakan diatas. Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Isnin, 27 Mac 2023.
Sorry! This job has expired.