PENOLONG PEGAWAI DI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER TENAGA MANUSIA
Permohonan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan Penolong Pegawai di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia, dalam Perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Penolong Pegawai Di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia https://forms.gle/VneKxUebqMgb8SaWA
Kelayakan asas:
i. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
ii. Mempunyai kelulusan minima pada tahap BDQF Level 4 (seperti National Diploma atau yang diiktiraf sebanding dengannya) dalam bidang Sumber Tenaga Manusia atau bidang lain yang bersesuaian.
iii. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
iv. Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi komputer seperti MS Words dan MS Excel.
Kelayakan tambahan yang diberikan keutamaan:
i. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian.
ii. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan minima kelayakan asas.
iii. Mempunyai kelulusan profesional yang berkaitan.
iv. Keahlian dalam badan profesional yang berkaitan.
v. Mempunyai sijil-sijil kursus atau latihan dalam bidang yang berkaitan.
vi. Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi produktiviti selain dan Words dan Excel.
vii. Mempunyai lesen memandu kelas 3.
Peringatan: Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 13 November 2024.