KERANI DI BAHAGIAN PROGRAM SARA DIRI

Expired on: Nov 6, 2024

Permohonan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut dalam perkhidmatan YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KERANI DI BAHAGIAN PROGRAM SARA DIRI – https://forms.gle/pxrybW8Xda21UFZL6

Kelayakan Asas:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya  4 ‘O’ level atau yang sebanding.
  3. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai;

  1. kelulusan akademik yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam kelayakan asas.
  2. Berkebolehan dalam menggunakan aplikasi komputer selain dari MS Words dan MS Excel.
  3. Mempunyai Pengalaman kerja dalam bidang pengurusan dan perancangan.

Bidang Tugas:

  • Bertanggungjawab terus kepada Bahagian Program Sara Diri.
  • Membantu Pegawai Yayasan dan Penolong Pegawai Yayasan merancang serta melaksanakan skim-skim bantuan keusahawanan dan perniagaan.
  • Bertanggungjawab dalam urusan pemantauan penerima-penerima bantuan.
  • Membantu dalam merancang program dan aktiviti yang menjurus kepada kemajuan penerima-penerima bantuan dibidang keusahawanan dan perniagaan.
  • Membantu dalam menyelidik serta mendapatkan maklumat tertentu berkaitan dengan bantuan dibawah Bahagian Program Sara Diri.
  • Bekerjasama dalam menyelaras program dan aktiviti yang dilaksanakan.
  • Mengamalkan perkongsian maklumat dengan bahagian lain.
  • Menyediakan laporan perkembangan projek dan laporan tahunan.
  • Membantu dalam menyediaan kertas-kertas Mesyuarat Jawatankuasa Meneliti Bantuan.
  • Sentiasa bersedia untuk membantu dalam mana-mana aktiviti dan projek YSHHB.
  • Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu pejabat dan mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan dari masa ke semasa.

Peringatan:

Pemohon-pemohon bolehlah melayari laman sesawang www.yshhb.org.bn untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan pada hari Hari Rabu, 06 November 2024.

Sorry! This job has expired.