Guru Kontrak Bahasa Inggeris Peringkat Rendah
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan GURU KONTRAK seperti berikut dalam perkhidmatan SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH.
Guru Kontrak Bahasa Inggeris Peringkat Rendah – https://forms.gle/ZdMPrcvv5XJ5pun87
Kelayakan Asas:
1) Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang pendidikan.
2) Pemohon yang mempunyai kelulusan dalam bidang lain selain pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;
- Mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.
- Mempunyai sijil TESL (Teaching as Second Language) atau yang seumpamanya.
- Mempunyai pengalaman mengajar peringkat rendah.
Pemohon-pemohon bolehlah memohon melalui pautan (Google Form link) yang ada disediakan diatas. Hanya pemohon yang memenuhi syarat iklan dan disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
Tarikh tutup permohonan pada hari Khamis, 8 Ogos 2024.